Score A i-Teacher

Score A, i-Teacher, Kenshido, Online Learning, e-Learning, Bonafide Academy

About Me...

Hi, I'm Jason, a full time E-Learning Consultant. Now i am enjoying my financial freedom by earning passive income through Score A I-Teacher business. My success begins with Bonafide Academy, with their consistent and continuous support system, i achieved my first 5 figure income in a shortest period of time. Allow me to share with you on my secrets to how leverage your contacts and earn a 5 or 6 figure passive income.

About Bonafide Academy...

Bonafide Academy has system to create the skill, enhance knowledge and develop entrepreneurship for networkers. This school has created more testimonies of 5 and 6 figure income earners in the shortest period of time. "You can get everything in life you want if you will just help enough other people get what they want" Zig Ziglar

MLM: Perniagaan Mudah Tanpa Risiko

MLM: Perniagaan Mudah Tanpa Risiko

MULTI LEVEL MARKETING -- Perniagaan Mudah Tanpa Risiko


Kenapa Perlu Lakukan Perniagaan MLM
Terlebih dahulu saya akan menceritakan kepada anda asas mengenai perniagaan. Logiknya, seluruh dunia 9 daripada10 (9/10)pendapatan & kekayaan di dunia ini adalah datang daripada perniagaan, tidak kira sama ada perniagaan konvensional mahupun perniagaan MLM. Cuba kita lihat orang-orang yang kaya di dalam dunia ini, daripada mana datangnya hasil pendapatan mereka? Bukankah daripada perniagaan yang mereka ceburi. Tidak kira samada seseorang itu melakukan perniagaan konvensional, MLM atau sebagainya, yang penting mereka sabar & berterusan. Tumpukan 100% kepada bidang yang diceburi. Pasti anda akan berjaya. Anda ingin jadi kaya, memang mudah. Dengan melakukan perniagaan sendiri, anda pasti boleh jadi kaya. Berapa lama? Terpulang kepada ANDA. Tetapi perniagaan MLM adalah jalan mudah untuk jadi kaya. Sekiranya anda melakukan perniagaan konvensional, anda memerlukan modal yang banyak termasuk 'capital', 'kos overhead' dan modal pusingan. Anda juga perlu harungi segala kesusahan, keperitan, dugaan dan risiko. Sememangnya tidak dapat dinafikan, setiap perniagaan konvensional pasti ada risiko, samada anda berjaya menempuh dugaan & risiko ini atau sebaliknya. Perniagaan konvensional juga pasti ada untung dan rugi tetapi perniagaan MLM, anda tidak rugi. Bezanya samada anda jadi pengguna bijak atau anda lakukan perniagaan MLM secara besar-besaran & berterusan. Anda tidak RUGI.  Dengan melakukan perniagaan MLM, anda tidak perlukan modal yang banyak, malah anda hanya memerlukan modal yang kecil sahaja. Perniagaan MLM adalah perniagaan tanpa risiko. Anda memang tidak akan rugi di dalam perniagaan MLM.
Terdapat 10 sebab yang akan dibincangkan mengapa kita perlu lakukan perniagaan rangkaian (MLM).
  1. Kesihatan 
  2. Memperolehi pendapatan sampingan
  3. Bebas dari masalah kewangan
  4. Mempunyai lebih banyak masa lapang
  5. Mempunyai perniagaan sendiri
  6. Meningkatkan pembangunan diri
  7. Boleh mempunyai kenalan baru
  8. Membantu lebih ramai kawan/golongan manusia
  9. Pencen
  10. Perniagaan yang boleh diwariskan
Kesihatan
Sekiranya anda lihat sebab-sebab di atas, adakah produk juga mempengaruhi ramai golongan untuk melakukan perniagaan MLM? Ya, Pasti. Semua golongan memerlukan 'supplement food' atau makanan kesihatan tambahan untuk menjaga kesihatan diri. Maksud saya, setiap manusia pasti akan menjaga kesihatan. Tidak ada manusia yang gembira masuk hospital kerana penyakit kritikal yang mereka alami. Oleh yang demikian, produk juga memainkan peranan penting untuk memudahkan kita memperkenalkan perniagaan MLM kita kepada kenalan tidak kira golongan, bangsa & agama.

Memperolehi Pendapatan Sampingan
Dengan melakukan perniagaan MLM, kita boleh memperolehi pendapatan sampingan. Itupun didalam masa lapang sahaja, anda boleh memperolehi pendapatan sampingan walaupun bernilai RM300 sebulan. Pasti anda tertanya-tanya, kenapa RM300 sebulan? Dengan pendapatan RM300 sebulan di dalam masa lapang, anda perlu bersyukur. Ini adalah kerana dengan dengan memperolehi pendapatan sampingan RM300 sebulan di dalam masa lapang seolah-olah anda membeli rumah flat tunai berharga RM40 000 dan anda menyewakan rumah flat anda kepada orang untuk memperolehi wang sewa rumah. Tetapi melalui perniagaan MLM, anda tidak perlu membeli rumah flat berharga RM40 000 untuk disewakan semata-mata untuk memperolehi RM300 setiap bulan.

Bebas dari Masalah Kewangan
Anda lakukan perniagaan MLM hanya di dalam masa lapang. Anda perlu sabar dan berterusan walaupun diperingkat permulaan anda memperolehi income yang sedikit tetapi lama kelamaan income anda akan menjadi besar. Setelah anda memperolehi income yang besar, pasti anda bebas dari masalah kewangan. 

Mempunyai Lebih Banyak Masa Lapang
Pada peringkat permulaan untuk berjaya di dalam perniagaan MLM, anda perku korbankan masa lapang anda untuk belajar di dalam industri MLM & syarikat MLM yang anda sertai. Biar bersusah-susah dahulu, nanti anda akan bersenang-senang kemudian. Setelah anda berjaya, pasti anda akan mempunyai masa lapang yang banyak. Di sini masa lapang anda lebih banyak bersama keluarga, melancong & beribadat. 

Mempunyai Perniagaan Sendiri
MLM adalah perniagaan anda sendiri. Jatuh atau bangunnya perniagaan MLM anda adalah bergantung kepada diri anda. Dengan melakukan perniagaan MLM, anda tidak ada tekanan untuk datang lewat kerja, tidak takut dimarahi boss anda malah anda juga yang menentukan gaji anda atau bonus anda setiap bulan. Diri anda yang menentukan kewangan anda setiap bulan kerana perniagaan MLM adalah perniagaan anda sendiri.

Meningkatkan Pembangunan Diri
Di dalam perniagaan MLM ini, anda boleh meningkatkan pembangunan diri. Anda akan belajar lebih banyak bersabar, anda akan belajar untuk menjadi lebih kreatif dan anda akan belajar bagaimana untuk membangunkan diri anda & taraf hidup anda. Sekiranya anda faham apakah industri MLM yang sebenar, pasti anda akan faham maksud meningkatkan pembangunan diri.

Berjumpa Kenalan Baru
Melalui perniagaan MLM, anda boleh berjumpa dengan ramai kenalan baru. Kenalan baru yang sertai MLM atau syarikat MLM yang anda sertai masing-masing bekerja di dalam bidang yang berlainan. Di atas sebab ini mungkin anda boleh belajar dengan bidang mereka. Contohnya anda ingin memperbaharui cukai jalan ataupun membayar saman anda, anda boleh bertanyakan kepada mereka yang terlibat, pasti mereka akan membantu anda. Kenalan daripada JPJ dan juga polis traffic juga kebanyakannya terlibat di dalam industri MLM.

Membantu Ramai Kawan
Bagaimana anda ingin membantu kenalan, saudara atau adik beradik anda? Melalui perniagaan MLM, anda boleh membantu mereka tidak kira dari segi masalah kesihatan mahupun masalah kewangan. Adakah produk syarikat MLM tidak bagus? Adakah pelan pemasaran syarikat MLM tidak boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada mereka? Dengan perniagaan MLM, pasti anda boleh membantu ramai orang. PASTI ANDA BOLEH MEMBANTU MEREKA.

Pencen
Selama mungkin yang anda lakukan perniagaan MLM di dalam masa lapang anda sahaja, pasti suatu hari nanti anda akan berjaya dan memperolehi income yang besar setiap bulan. Setelah anda berjaya di dalam perniagaan MLM, mungkin anda boleh buat keputusan untuk melakukan perniagaan MLM secara 'full time' & anda juga boleh berhenti dari kerja anda sekarang kerana apa yang anda perolehi adalah berbaloi dengan usaha anda. Dan keputusan anda berhenti dari pekerjaan anda sekarang adalah untuk anda memperuntukkan masa anda membantu downline anda pula. Berikan mereka ilmu dan didikan untuk berjaya di dalam industri MLM. 

Perniagaan Boleh Diwarisi
Perniagaan MLM adalah satu-satunya perniagaan yang boleh diwarisi. Ini adalah kerana, setelah apa yang telah kita usahakan di dalam syarikat MLM yang kita sertai sehingga berjaya, kita boleh wariskan perniagaan ini kepada isteri & anak-anak walaupun mereka tidak ada pendidikan di dalam industri MLM @ tidak pernah melakukan perniagaan MLM. Mereka hanya memperolehi hasil sahaja walaupun ketiadaan kita nanti. Ini adalah kerana usaha keseluruhan kumpulan yang telah dibincangkan sebelum ini..

kreditasi http://www.freewebs.com/biz4096/kenapamlm.htm
Stumble ThisFav This With TechnoratiAdd To Del.icio.usDigg ThisAdd To RedditAdd To FacebookAdd To Yahoo




 

score a

score a

score a

score a

score a